Search This Blog

Tuesday, June 9, 2009

hantu?

Hantu!!!! Kisah Serammmm la.. jd berhati pada siapa2 yang selalu jalan ikut Kuala selangor
Subject: Kisah di suatu malam... Peringatan bagi mereka yg menggunakan jalan melalui (Kuala selangor) Kisah bermula pada suatu malam.... Lebih kurang pukul 12:00 tengah malam. Mamat sorang nie bersama Rakannya (nama terpaksa dirahsiakan) dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Selangor melalui jalan Kepong.
Setibanya dia di Ijok, di kawasan perkuburan Cina Dankawasan pembakaran mayat India... tiba-tiba kereta yang dipandunyamengalami kerosakkan. Mamat nie tak dapat nak menghidupkan enjinkeretanya, walaupun Dicuba berulang kali. Walhal kereta tersebut barusebulan pakai.
Mamat nie Dan rakannya pun menolak kereta mereka ke bahu jalan Dan mereka Cuba mencari bantuan jika Ada kenderaan yang lalu.
Tiba-tiba mereka terlihat sebuah bas sekolah yang datang dari arah Kuala Selangor..
Bas tersebut bergerak terlalu perlahan walhal jarak bas tersebut dengan mereka tidaklah jauh, tetapi bas tersebut tidak jugak sampai-sampai. Tanpa membuang masa mereka pun pergi ke arah bas tersebut. Oleh kerana terlalu perlahannya bas tersebut, mamat tue Dan rakannya dapat jugak menaiki bas tersebut walaupun IA sedang bergerak.
Alangkah terkejutnya mereka berdua kerana tiada pemandu yang memandubas itu. Mereka memberanikan diri untuk masuk ke dalam bas Danapabila mereka tiba di bahagian kerusi terakhir bas tersebut, merekaternampak sesuatu di luar bas melalui cermin belakang bas Dan...
Ya Allah!.........

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
mereka ternampak dua orang lelaki India sedang menolak bas tersebut dalam
keadaan yang termengah-mengah.
Tahniah kerana minat membaca. Membaca amalan yang mulia.

0 comments:

Post a Comment